Kad Kahwin Bajet!!!

Saya mengambil tempahan membuat kad jemputan perkahwinan. Di sini saya sertakan beberapa sample dan contoh rekaan kad kahwin yang sememangnya murah dan berpatutan bagi mereka yang tidak mahu memikirkan terlalu lama mencari kad kahwin yang menarik tetapi murah... :)

 (Klik pada gambar untuk lebih jelas)
 

...Yang pastinya, rasa sedih dan pilu wujud dalam diriku saat menatap lukisan yg aku lukis sendiri ni. Semuanya hanya dapat ku lakarkan dalam lukisan di atas kertas (dulu-dulu susah nak tangkap gambarla). Semua sudah berlalu, setelah rumah arwah Kaik (ni dialek Banjar yang bermaksud 'atuk') ku ni hangus terbakar pada suatu malam tahun 2005. Apa pun semua itu ada hikmahnya apabila aku yang dalam 'sehelai sepinggang' masa tu, dapat khabar gembira yang aku telah dapat panggilan interview untuk menjadi cikgu.Alhamdulillah...Kami tak buat rumah atas tapak tu lagi, tapi duduk lagi di rumah arwah Atuk sebelah mak ku di kampung yang sama...Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membiarkan hambanya yang dalam kesusahan bila Dia menghendakinya...Insya Allah...

Lakaran Karikatur

Ini adalah karikatur yang aku lukiskan khas buat anak ku tersayang... :)

Banner For My Blog

 
Banner Blog pada satu waktu dahulu..hehehe...

Poster

ID Card

Ini adalah Kad ID SK Rh. Ranggong, Sarawak yang direka khas oleh saya buat guru dan kakitangan sekolah.

Kad Nama




Baru-baru ini, saya menyiapkan tempahan kad nama beberapa orang yang aktif dengan MLM yang terkenal di Malaysia De Classic Life @ DCL. Berikut adalah kad nama tersebut.

PraTulis Dari Penulis...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...Selamat Datang ke Blog Studio Seni!...

Laman ini direka bagi memaparkan beberapa kerja seni terutamanya dalam bidang yang menyentuh tentang senireka grafik.

Ia juga berperanan sebagai lapangan menerima tempahan sekiranya apa yang saya paparkan menarik minat beberapa pihak untuk menggunakan perkhidmatan saya dalam menyiapkan kerja-kerja grafik yang mungkin boleh membantu dalam apa juga yang dirancangkan...Insya Allah.

Semoga dengan apa yang saya lakukan ini, memberikan kepuasan kepada anda dan mungkin juga akan ada kritikan dan komen yang boleh saya ambil bagi memantapkan apa yang saya sudah mulakan ini...

Terima kasih...Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...