Pop Art



Istilah ‘POP ART’ pertama kali muncul di England pada tahun 1950-an dan menjurus kepada kewujudan sejumlah seniman menghasilkan karya di media massa, iklan, komik dan produk barangan pengguna. Pop Art dihasilkan dengan karya-karya yang ringkas dan mudah difahami. Kebanyakan karya-karya yang dihasilkan menggunakan rupa paras atau wajah-wajah artis yang popular seperti Elvis Presley, The Beatles, Marylin Monroe, Michael Jackson dan banyak lagi pada era 50-an dan 60-an. Ia mempunyai pelbagai aliran mengikut lingkungan era pada masa itu. Karya Pop Art mudah dikenali kerana mempunyai teknik atau paparan seni yang mudah dan boleh dikatakan tidak mementingkan elemen-elemen seni atau prinsip sehingga mencetuskan perbahasan dalam dunia seni ketika itu. Namun, apapun kritikan dan komen yang terhasil, ia tetap menjadi salah satu fenomena dalam sejarah seni sepanjang zaman. 
Teknik menghasilkan gambar POP ART menggunakan Photoshop. Anda berminat?...UPLOADkan gambar anda untuk saya lakukan...


Kad Kahwin

 












Beberapa contoh kad kahwin 'Pink' yang dikehendaki pelanggan.

Bunting Perkahwinan




Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah menyiapkan bunting perkahwinan adikku. Penyediaan bunting perkahwinan antara kedua pihak iaitu pihak perempuan dan juga majlis di pihak lelaki. Alhamdulillah, berjalan lancar. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. - Amin -

Borneo IT Station





Alhamdulillah. Berjaya menyiapkan logo yang dikehendaki. Sebuah kedai Cyber cafe baru yang beroperasi di Kota Kinabalu memerlukan logo bagi memenuhi keperluan syarikat yang ditubuhkan.

Aku Cuma Blogger Biasa

Assalamu'alaikum.

Beberapa malam ini, tidur lewat sehingga 2 ke 3 pagi hanya disebabkan menyelongkar trik dan teknik bermain dengan HTML template blog ku ini. Bermacam-macam cara aku mendapatkan teknik dan trik bagi mencari sesuatu untuk aku masukkan perkara-perkara yang aku inginkan dalam template blog ni.

Tidaklah juga mahu berlebih-lebih, tetapi mencari cara memudahkan pelanggan yang menghendaki perkhidmatan yang aku tawarkan. Dan, hasilnya seperti yang anda tengok pada 'Tabs' atau menu yang sudah wujud dalam blog ini seperti :

Hubungi Saya
bagi penghantaran emel tentang sebarang pertanyaan

Upload Fail
untuk memuat naik bahan-bahan yang dikehendaki pelanggan terus ke emel ku sendiri

Forum@Senireka 
iaitu tapak forum komuniti dalam blog ku ini. Tidak terlalu profesional tapi aku cuma blogger biasa yang hanya mahu melihat blog ini berguna kepada orang lain dan sekaligus meningkatkan pemahaman diri ini dalam mengurus    blog ini menjadi yang terbaik cukup untuk kepuasan diri sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...