Blog Ikon

'WAK-WAK'

     Terdetik hatiku untuk mewujudkan ikon blog aku sendiri...Penat dan letih juga kepala nie memikirkan apa yang sesuai dijadikan sesuatu yang mudah untuk kita mengingatinya..Bila aku duduk, jalan-jalan kemudian sembang-sembang sambil minum kopi, taaak jugak dapat-dapat..

     Hinggalah pada suatu masa, duduk ditangga dapur macam yang aku biasa buat masa kecil dulu..TUP!..ya, dah tau..seekor haiwan spesies burung yang kami panggil dikampung ku sebagai 'TENGKERUAK'...masa kecil dulu, kat tangga dapur rumahlah, member sekampung menjerit, 'Ron, tengkeruak ron...sedap nie...'..heheh...

     Aku pun 'create' burung nie menjadi pelbagai bentuk..banyak jugalah yang terbentuk kalau dah minda kreatif yang ada pada kita semua nie dimanipulasikan...itulah tugas kita sebenarnya sebagai manusia..Diciptakan AKAL untuk kita pergunakan sepenuhnya tak kiralah apa pekerjaan yang kita lakukan..pusing punya pusing, coret punya coret, rujuk punya rujuk, jadiiiilah seperti di atas tu...heheheh...Alhamdulillah...Anda pun boleh cuba untuk mencipta ikon anda sendiri...

Rakan Seni

LAKARAN KEHIDUPAN DULU, KINI & SELAMANYA...

Lakaran atau 'sketches' (dengan izin) bagi ku adalah karya yang paling mahal dan tidak ternilai. Waktu belajar di UiTM dulu, pensyarah seni selalu mengingatkan untuk selalu membawa buku lakaran ke mana-mana sahaja. Aku masih ingat kata pensyarahku dulu iaitu En. Aris (alah, yang smart dan rambut putih ala Richard Gere tu). Beliau selalu menegaskan untuk selalu menjinjing buku lakaran ke mana-mana sahaja. Alasannya, kehidupan di sekeliling kita selalunya mencetuskan IDEA yang tak dapat diduga. Jadi, mengelakkan IDEA tersebut hilang tanpa diduga juga, duduk, dan terus melakar...(jangan pedulilah orang lalu lalang tu dia kata..heheh)...

Dsini aku lampirkan beberapa lakaran yang dibuat oleh salah seorang rakan sekuliahku MR. EJAY (taip 'search' EJ EJAY untuk ke ruangan Facebook beliau). Melalui lakaran beliau ini, terpapar kehidupan dan nostalgia yang bila disampaikan semula melalui cara ini, membangkitkan rasa rindu dan syahdu semasa zaman kanak-kanak dahulu..Tahniah Bro...Aku sentiasa meminati dan merindui 'stroke' mu... :)



Nostalgia 'Sungai JBA' - Karya Mr. Ejay


Nostalgia 'Kedai Ramesh' - Karya Mr. Ejay

Kreativiti



Apakah yang dikatakan sebagai KREATIF?

'Kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan..' - dipetik dari http://mahirkbkk.tripod.com/kreatif.htm

'Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea baru, pendekatan atau tindakan, sementara inovasi merupakan proses menghasilkan dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu.' - http://ms.wikipedia.org/wiki/Daya_kreatif#Membezakan_antara_kreatif_dan_inovasi


Prof.@Senireka

- Dari mana sekali pun kita mencungkil maksud, makna, pengertian dan definisi KREATIF ini, semuanya menjurus kepada penghasilan idea baru dan pelbagai luar dari kebiasaan dengan apa yang ada. Penggunaan istilah KREATIF ini sangat luas. Boleh diguna pakai dalam apa juga bidang atau pekerjaan dan tidak mengenal usia, organisasi tertentu mahupun rupa paras (heheh..terlebih sudah..) Aku sebagai salah seorang guru dalam bidang pendidikan, aspek KREATIF perlu ada dalam memberikan apa jua tugasan murid. Tak kiralah subjek apa pun. Ia sebenarnya memperlihatkan tahap kecergasan dan keaktifan Minda murid itu berjalan menghasilkan sesuatu yang diluar arahan tugasan.

Aku mengajar subjek muzik contohnya, mengarahkan murid menulis lagu yang tertera di papan tulis. Tanpa disuruh, selain lagu yang mereka tulis, ia dihiasi dengan corak-corak yang mengelilingi lagu tersebut dan melukis beberapa objek yang terkandung dalam lirik lagu tersebut. KREATIFkan?..Apapun, aspek KREATIF ini sebenarnya ada pada semua insan yang diciptakan kerana KREATIF ini timbul daripada AKAL yang diciptakan Allah SWT. Gunakan semaksimum mungkin dalam melakukan apa juga pekerjaan bagi mendapatkan hasil yang 'DI LUAR DARI TEMPURUNG...' - Prof@Senireka

Aktiviti Lukisan



Ceracak Batuan Mulu, Sarawak

Aktiviti Lukisan



Gua Niah, Sarawak

My Olympus Klik!...


Jalan-Jalan Cari 'Mamam'

My Olympus Klik!...


My Heroes

Logo Design


Chotz IT Station & Cyber Cafe

Logo Design

 


Logo PREDATOR UNITED & ASBAT FC - 2 kelab bolasepak di Miri, Sarawak

Illustrator Touch! Up

Touch-up logo for Mr Abdillah...

My Olympus Klik!...


'Fruits Of The Carribean'...2011


Walimatul'Urus undangan Majlis Perkahwinan...Online Card.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...