Kreativiti



Apakah yang dikatakan sebagai KREATIF?

'Kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan..' - dipetik dari http://mahirkbkk.tripod.com/kreatif.htm

'Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea baru, pendekatan atau tindakan, sementara inovasi merupakan proses menghasilkan dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu.' - http://ms.wikipedia.org/wiki/Daya_kreatif#Membezakan_antara_kreatif_dan_inovasi


Prof.@Senireka

- Dari mana sekali pun kita mencungkil maksud, makna, pengertian dan definisi KREATIF ini, semuanya menjurus kepada penghasilan idea baru dan pelbagai luar dari kebiasaan dengan apa yang ada. Penggunaan istilah KREATIF ini sangat luas. Boleh diguna pakai dalam apa juga bidang atau pekerjaan dan tidak mengenal usia, organisasi tertentu mahupun rupa paras (heheh..terlebih sudah..) Aku sebagai salah seorang guru dalam bidang pendidikan, aspek KREATIF perlu ada dalam memberikan apa jua tugasan murid. Tak kiralah subjek apa pun. Ia sebenarnya memperlihatkan tahap kecergasan dan keaktifan Minda murid itu berjalan menghasilkan sesuatu yang diluar arahan tugasan.

Aku mengajar subjek muzik contohnya, mengarahkan murid menulis lagu yang tertera di papan tulis. Tanpa disuruh, selain lagu yang mereka tulis, ia dihiasi dengan corak-corak yang mengelilingi lagu tersebut dan melukis beberapa objek yang terkandung dalam lirik lagu tersebut. KREATIFkan?..Apapun, aspek KREATIF ini sebenarnya ada pada semua insan yang diciptakan kerana KREATIF ini timbul daripada AKAL yang diciptakan Allah SWT. Gunakan semaksimum mungkin dalam melakukan apa juga pekerjaan bagi mendapatkan hasil yang 'DI LUAR DARI TEMPURUNG...' - Prof@Senireka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...