Rakan Seni

LAKARAN KEHIDUPAN DULU, KINI & SELAMANYA...

Lakaran atau 'sketches' (dengan izin) bagi ku adalah karya yang paling mahal dan tidak ternilai. Waktu belajar di UiTM dulu, pensyarah seni selalu mengingatkan untuk selalu membawa buku lakaran ke mana-mana sahaja. Aku masih ingat kata pensyarahku dulu iaitu En. Aris (alah, yang smart dan rambut putih ala Richard Gere tu). Beliau selalu menegaskan untuk selalu menjinjing buku lakaran ke mana-mana sahaja. Alasannya, kehidupan di sekeliling kita selalunya mencetuskan IDEA yang tak dapat diduga. Jadi, mengelakkan IDEA tersebut hilang tanpa diduga juga, duduk, dan terus melakar...(jangan pedulilah orang lalu lalang tu dia kata..heheh)...

Dsini aku lampirkan beberapa lakaran yang dibuat oleh salah seorang rakan sekuliahku MR. EJAY (taip 'search' EJ EJAY untuk ke ruangan Facebook beliau). Melalui lakaran beliau ini, terpapar kehidupan dan nostalgia yang bila disampaikan semula melalui cara ini, membangkitkan rasa rindu dan syahdu semasa zaman kanak-kanak dahulu..Tahniah Bro...Aku sentiasa meminati dan merindui 'stroke' mu... :)



Nostalgia 'Sungai JBA' - Karya Mr. Ejay


Nostalgia 'Kedai Ramesh' - Karya Mr. Ejay

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...