Aku Cuma Blogger Biasa

Assalamu'alaikum.

Beberapa malam ini, tidur lewat sehingga 2 ke 3 pagi hanya disebabkan menyelongkar trik dan teknik bermain dengan HTML template blog ku ini. Bermacam-macam cara aku mendapatkan teknik dan trik bagi mencari sesuatu untuk aku masukkan perkara-perkara yang aku inginkan dalam template blog ni.

Tidaklah juga mahu berlebih-lebih, tetapi mencari cara memudahkan pelanggan yang menghendaki perkhidmatan yang aku tawarkan. Dan, hasilnya seperti yang anda tengok pada 'Tabs' atau menu yang sudah wujud dalam blog ini seperti :

Hubungi Saya
bagi penghantaran emel tentang sebarang pertanyaan

Upload Fail
untuk memuat naik bahan-bahan yang dikehendaki pelanggan terus ke emel ku sendiri

Forum@Senireka 
iaitu tapak forum komuniti dalam blog ku ini. Tidak terlalu profesional tapi aku cuma blogger biasa yang hanya mahu melihat blog ini berguna kepada orang lain dan sekaligus meningkatkan pemahaman diri ini dalam mengurus    blog ini menjadi yang terbaik cukup untuk kepuasan diri sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...