Pop Art



Istilah ‘POP ART’ pertama kali muncul di England pada tahun 1950-an dan menjurus kepada kewujudan sejumlah seniman menghasilkan karya di media massa, iklan, komik dan produk barangan pengguna. Pop Art dihasilkan dengan karya-karya yang ringkas dan mudah difahami. Kebanyakan karya-karya yang dihasilkan menggunakan rupa paras atau wajah-wajah artis yang popular seperti Elvis Presley, The Beatles, Marylin Monroe, Michael Jackson dan banyak lagi pada era 50-an dan 60-an. Ia mempunyai pelbagai aliran mengikut lingkungan era pada masa itu. Karya Pop Art mudah dikenali kerana mempunyai teknik atau paparan seni yang mudah dan boleh dikatakan tidak mementingkan elemen-elemen seni atau prinsip sehingga mencetuskan perbahasan dalam dunia seni ketika itu. Namun, apapun kritikan dan komen yang terhasil, ia tetap menjadi salah satu fenomena dalam sejarah seni sepanjang zaman. 
Teknik menghasilkan gambar POP ART menggunakan Photoshop. Anda berminat?...UPLOADkan gambar anda untuk saya lakukan...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...